Saturday 28 February 2015

Kehidupan Saya: Catatan 1

Kebelakangan ini, saya rasakan yang diri ini sudah menjadi semakin malas untuk tulis ulasan buku yang saya sudah baca. Jari-jemari ini seolah-olah terlalu malas mahu menaip ulasan yang panjang-panjang. Saya juga tidak tahu apa yang menjadi penyebab kepada kemalasan ini. Bosan, barangkali?

Tahun 2015 yang sepatutnya menjadi tahun yang lebih menggembirakan daripada tahun 2014 bertukar menjadi menakutkan pada saya. Tahun ini saya ialah pelajar semester akhir universiti saya. Sejajar dengan title 'pelajar semester akhir' itu juga, saya turut membawa bebanan lain di belakang saya. Salah satu bebanannya ialah Projek Sarjana Muda atau turut dikenali ramai sebagai Final Year Project. Saya perlu membuat aplikasi mobil yang boleh berfungsi di dalam Android. Saya, atau lebih tepat lagi kami, tidak pernah diberi pendedahan tentang bagaimana kami harus membuat programming untuk Android. Kami harus mempelajarinya sendiri. Memang saya tidak nafikan yang kami diberi penekanan pada bahasa pengaturcaraan Java, yang sedikit sebanyak boleh membantu kerana saya akan menggunakan Java dalam membuat aplikasi mobile ini. Berbanding Java, saya lebih menggemari PHP. Bahasa pengaturcaraan yang paling saya gemari ialah PHP, diikuti dengan C++, C#, Prolog, dan akhir sekali ialah Java.

Untuk projek ini, saya menggunakan Android Studio. Ia kelihatan agak sama seperti Eclipse namun ia bukannya Eclipse. Ini ialah kali pertama saya menggunakan Android Studio dan ia membuatkan saya cemas dan resah. Sejujurnya, saya ialah jenis orang yang mudah tertekan.

Makan asam pedas atau laksa Sarawak juga tidak mampu mengurangkan tekanan saya.

Android Studio yang sungguh asing pada saya

Interface nya kelihatan seperti ini
Menggunakan Android Studio sahaja sudah cukup memeningkan kepala saya. Belum lagi nak buat coding Java di dalamnya.

Sekarang barulah saya rasa betapa ceteknya pengetahuan saya dalam hal-hal pengaturcaraan (programming) ini semua.

Sila doakan saya berjaya mengharungi semester akhir ini dengan cemerlang.

Terima kasih.

-Farhanah Atiqah