Sunday 8 March 2015

Kehidupan Saya: Catatan 2 - Mengemaskan Rak Buku

Salah satu perkara yang saya pasti lakukan sebaik sahaja tiba di rumah untuk cuti semester ialah membersihkan, menyusun, dan mengemaskan buku di rak-rak buku saya. Jumlah buku di rak-rak tersebut pasti meningkat setiap kali saya balik ke rumah. Puncanya? Sudah tentulah kerana saya membeli banyak buku semasa di universiti.


Apabila saya mengemas rak buku, saya akan menurunkan semua buku dari dalam rak terlebih dahulu. Kemudian saya akan mengelap dan membersihkan habuk-habuk yang ada pada rak buku saya.


Selepas itu, saya akan membersihkan SETIAP buku yang saya miliki dengan mengelap kulit hadapan dan belakang buku tersebut. Saya juga akan membelek-belek buku untuk menghilangkan habuk pada buku. Percayalah, proses mengelap kulit hadapan dan belakang serta membelek-belek setiap buku ini sangatlah memenatkan.

Akhir sekali, saya menyusun buku-buku tersebut kembali ke dalam rak. 

Hasil akhir, rak-rak buku yang sudah kemas
Jika anda perhatikan rak di atas, susunan-susunan buku tersebut berbeza dengan gambar rak buku di entri saya pada tahun lepas. Saya terpaksa menggunakan setiap ruangan yang ada. Malah, di bahagian belakang novel-novel Melayu di bahagian atas terdapat kira-kira 15 buah manga (yang sudah lama jadi tidak perlu ditunjukkan dalam gambar :D ).

Saya sangat gembira dengan bilik saya yang dipenuhi dengan buku-buku. Namun begitu, satu persoalan yang sentiasa bermain di minda saya ialah, bagaimana saya mahu membawa semua buku-buku ini jika saya berpindah dari rumah ibu bapa saya?

-Farhanah Atiqah

Thursday 5 March 2015

Soukyuu no Fafner

Pertama kali saya menonton Soukyuu no Fafner, ialah 9 tahun yang lalu. Waktu itu, saya cuma berusia 14 tahun. 


Sekarang selepas hampir 10 tahun, Studio XEBEC membuat sambungan cerita untuk siri anime ini, yang dikenali sebagai Soukyuu no Fafner EXODUS. 


Sejajar dengan peningkatan dari segi teknologi dan grafik, Soukyuu no Fafner Exodus turut diberikan nafas baharu. Visual di dalam anime ini benar-benar mempesonakan. 

Untuk sesiapa yang tidak mengenali Soukyuu no Fafner, ia merupakan siri anime mecha yang diterbitkan pada tahun 2004.

Pada permulaan cerita, sebahagian besar dunia telah dimusnahkan oleh Festum, makhluk asing dari angkasa yang mampu mengasimilasi manusia. Jepun yang menjadi tempat di mana Festum 'bersarang', dimusnahkan oleh tentera UN. Mereka yang terselamat lari ke pulau yang dinamakan Tatsumiyajima. Pulau ini dilindungi oleh sistem pertahanan yang canggih dan mereka hidup terpinggir daripada dunia luar. Anak-anak muda di pulau ini meneruskan kehidupan harian mereka seperti biasa, tanpa menyedari yang dunia mereka diancam oleh Festum. Tetapi, selepas bertahun-tahun, keamanan yang mereka kecapi musnah dengan kehadiran Festum yang menyedari kewujudan pulau ini. Ramai daripada mereka dibunuh oleh Festum dalam proses asimilasi. Dalam keadaan terdesak, mereka mengarahkan Mecha dipanggil Fafner untuk keluar, tetapi juruterbang Fafner tersebut terbunuh dalam perjalanan ke tempat Fafner. Tanpa sebarang pilihan lagi, mereka terpaksa menghantar seorang anak muda yang bernama Makabe Kazuki sebagai juruterbang gantian yang dibantu oleh Minashiro Soushi dari dalam Sistem Siegfried.

Festum dimusnahkan, tetapi pulau Tasumiyajima sudah terdedah kepada dunia luar. Oleh itu, lebih ramai lagi anak-anak muda dilatih untuk menjadi juruterbang Fafner sebagai persediaan untuk ancaman seterusnya; daripada Fafner dan juga daripada manusia lain di luar sana.

Berikut ialah urutan siri Soukyuu no Fafner:
1. Soukyuu no Fafner (26 episod)
2. OVA : Right of Left (Prequel kepada Soukyuu no Fafner)
3. Filem : Soukyuu no Fafner: Heaven of Earth (Menceritakan keadaan 2 tahun selepas penamat Soukyuu no Fafner)
4. Soukyuu no Fafner -EXODUS- (Sambungan kepada Heaven and Earth, 2 tahun selepas jalan cerita Heaven and Earth. Ketika entri ini ditulis, baru 8 episod disiarkan.)


Di bawah ini saya sertakan screenshots yang diambil daripada Soukyuu no Fafner.

Makabe Kazuki (Juruterbang Mark Elf dan Mark Sein)

Minashiro Soushi (Pengendali Sistem Siegfried)
Toomi Maya (Juruterbang Mark Sieben)
Kaname Sakura (Juruterbang Mark Drei)
Canon Memphis (Juruterbang Babylon dan kemudian Mark Drei)
Kondou Kenji (Juruterbang Mark Acht)
Kodate Mamoru (Juruterbang Mark Funf)
Kasugai Kouyou (Juruterbang Mark Vier)
Hazama Shoko (Juruterbang Mark Sechs)
Hino Michio (Juruterbang Megatherion dan Mark Ein)
Minashiro Tsubaki
Dari kiri: Nishio Akira dan Douma Hiroto
Dari kiri: Nishio Rina, Makabe Fumihiko, dan Tatekami Seri
Fafner (Mark Sechs)
Festum
Soukyuu no Fafner Exodus mengisahkan kehidupan di Pulau Tatsumiyajima 2 tahun selepas filem Heaven and Earth. Di bawah ini pula screenshots daripada Soukyuu no Fafner Exodus.

Kazuki (Masih lagi juruterbang Mark Sein)
Maya (Masih lagi juruterbang Mark Sieben)
Soushi (Juruterbang Mark Nicht)
Sakura
Kenji (Pengendali Sistem Siegfried)
Hazama Canon (sebelum ini Canon Memphis)
Nishio Rina (Juruterbang Mark Neun)
Nishio Akira (Juruterbang Mark Zehn)
Douma Hiroto (Juruterbang Mark Funf)

Tatekami Seri (Juruterbang Mark Zwolf)

Mikagami Mimika (Juruterbang Mark Funfzehn (Amaterasu))
Kaburagi Sui (Juruterbang Mark Sechszehn (Tsukuyomi))
Mikado Reo (Juruterbang Mark Vierzehn (Susanoo))
Jonathan Mitsuhiro Bartland (Juruterbang UN)
Aishwarya Fein (Juruterbang UN)

Billy Morgan (Juruterbang UN)
Hino Miwa, anak perempuan Hino Michio dan Tomi Yumiko
Tomi Yumiko, kakak kepada Maya
Emery Almond
Minashiro Orihime
Juruterbang generasi ketiga
Kualiti grafik yang jauh lebih mantap daripada Soukyuu no Fafner
 

Tsukuyomi
Amaterasu
Dari kiri: Mark Zwolf dan Mark Neun
Mark Zwolf


Heaven and Earth ialah filem Soukyuu no Fafner, yang menceritakan keadaan penduduk Tatsumiyajima 2 tahun selepas penamat cerita Soukyuu no Fafner. Ia mengisahkan Festum berbentuk manusia yang bernama Kurusu Misao, yang ingin menjadi seperti Minashiro Soushi.











Misao dalam bentuk festum, melindungi kewujudan Soushi

 


Sakura, pulih sepenuhnya daripada koma yang menimpanya ketika dalam siri televisyen Soukyuu no Fafner



Kazuki menaiki Mark Sein, hampir-hampir diasimilasi
 


Akira dan Maya



Festum: "Itai. Tasukete." (Ia menyakitkan. Tolong saya)

Hiroto menggunakan helmet Goubain pemberian Mamoru
Seri menangis sebaik sahaja mengetahui apa yang festum itu ingin sampaikan kepadanya
Seri: "Aoi sora ga mitai yo!" (Saya mahu melihat langit yang biru)



Mark Drei yang dikemudi oleh Sakura

Reaksi terkejut Sakura sebaik sahaja mendapati Mark Vier membantunya
Misao di dalam Mark Nicht

Kurusu Misao, festum yang menyerupai manusia





Penamat yang membahagiakan...

Saya terpesona dengan karakter, jalan cerita, serta soundtrack siri ini. Lagu pembukaan, penutup, dan lagu selingan siri ini daripada siri anime, OVA, filem, hinggalah ke Exodus, semuanya dinyanyikan oleh angela. Antara semua lagu, yang menjadi kegemaran saya ialah Sayonara no Toki Kurai Hohoende (Smile at the Time of Goodbye). Ini ialah terjemahan petikan yang paling saya gemari tersebut.

"Apa yang ditinggalkan apabila seseorang meninggal dunia?
Sekurang-kurangnya simpan diri ini dalam memorimu"

Mendengar lagu ini berulang-ulang kali membuatkan saya ingin menangis. 

Sehingga ke hari ini, saya masih lagi mencintai siri anime ini. 

-Farhanah Atiqah