Sunday 8 March 2015

Kehidupan Saya: Catatan 2 - Mengemaskan Rak Buku

Salah satu perkara yang saya pasti lakukan sebaik sahaja tiba di rumah untuk cuti semester ialah membersihkan, menyusun, dan mengemaskan buku di rak-rak buku saya. Jumlah buku di rak-rak tersebut pasti meningkat setiap kali saya balik ke rumah. Puncanya? Sudah tentulah kerana saya membeli banyak buku semasa di universiti.


Apabila saya mengemas rak buku, saya akan menurunkan semua buku dari dalam rak terlebih dahulu. Kemudian saya akan mengelap dan membersihkan habuk-habuk yang ada pada rak buku saya.


Selepas itu, saya akan membersihkan SETIAP buku yang saya miliki dengan mengelap kulit hadapan dan belakang buku tersebut. Saya juga akan membelek-belek buku untuk menghilangkan habuk pada buku. Percayalah, proses mengelap kulit hadapan dan belakang serta membelek-belek setiap buku ini sangatlah memenatkan.

Akhir sekali, saya menyusun buku-buku tersebut kembali ke dalam rak. 

Hasil akhir, rak-rak buku yang sudah kemas
Jika anda perhatikan rak di atas, susunan-susunan buku tersebut berbeza dengan gambar rak buku di entri saya pada tahun lepas. Saya terpaksa menggunakan setiap ruangan yang ada. Malah, di bahagian belakang novel-novel Melayu di bahagian atas terdapat kira-kira 15 buah manga (yang sudah lama jadi tidak perlu ditunjukkan dalam gambar :D ).

Saya sangat gembira dengan bilik saya yang dipenuhi dengan buku-buku. Namun begitu, satu persoalan yang sentiasa bermain di minda saya ialah, bagaimana saya mahu membawa semua buku-buku ini jika saya berpindah dari rumah ibu bapa saya?

-Farhanah Atiqah

3 comments:

  1. Saya pun pernah terfikir... Macam mana nak bawa semua buku-buku tu kalau saya pindah ke tempat lain.. Kalau tinggalkan, rasa sayang pulak😽😹...buku saya bagaikan harta yang sangat bernilai😹

    ReplyDelete